Industri produk kecantikan di Malaysia merupakan suatu industri yang sangat pantas berkembang kerana terdapat permintaan untuk produk mengekalkan kecantikan yang sangat tinggi, terutamanya di kalangan wanita.
Dr. Maryati, pakar kecantikan dari Klinik Stellar, berkata, Malaysia merupakan sebuah negara Asia yang berbilang kaum, dan keadaan cuaca yang sentiasa panas dan hujan, memberi kelembapan udara yang tinggi menyebabkan banyak produk daripada pasaran luar kurang sesuai untuk dipakai di negara ini.
“Oleh itu, produk tempatan mendapat sambutan yang baik kerana ia sesuai dengan iklim negara. Tambahan pula, masalah jerawat dan pigmentasi adalah antara masalah kulit yang paling ketara akibat daripada keadaan iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun, di tambah pula pencemaran udara di bandar-bandar.”
Mengapa produk kecantikan jadi hangat?
Mengikut Dr. Maryati, faktor-faktor produk kecantikan menjadi hangat adalah seperti berikut:
1. Keadaan iklim yang panas dan lembab menyebabkan masalah seperti jerawat dan pigmentasi kulit berleluasa.
2. Kulit rakyat Malaysia yang lebih kepada kombinasi berminyak disebabkan iklim, membuatkan mereka perlu mencari produk untuk mengawal masalah ini.
3. Pengaruh media massa yang sering mempertonjolkan artis-artis yang kelihatan cantik dengan kulit yang mulus dan cerah, termasuk artis-artis luar seperti Hollywood, Bollywood dan K-POP memberi pengaruh kepada penduduk.
4. Budaya selfie dan wefie menyebabkan lebih ramai orang lebih peka terhadap keadaan kulit masing-masing, secara tidak langsung menggalakkan industry produk kecantikan.
5. Kemudahan untuk membeli produk sama ada daripada pasaraya besar, kedai serbaneka, farmasi ataupun atas talian dengan harga yang mampu dibeli menyebabkan lebih ramai orang berani mencuba produk kecantikan.
Pengawasan bidang kecantingkan hendaklah diketatkan
Pembangunan industri kecantikan di negara ini perlu dilihat sebagai peluang ekonomi yang sangat baik bagi semua pihak. Namun begitu, pengawasan dan undang-undang perlu bagi mengelakkan konsumer mendapat khidmat rawatan atau produk yang tidak berkualiti yang mungkin menyebabkan lebih banyak kecederaan daripada kulit.
Dr. Maryati bertambah, sejak tahun lepas kerajaan melalui unit farmasi telah membenarkan pembuatan produk kecantikan bertaraf klinikal dihasilkan di negara ini. Tambahan pula, pihak MATRADE memberi sokongan yang baik dari segi promosi produk-produk kecantikan dan medikal diluar negara melalui ‘Trade Show’ dan khidmat nasihat kepada pengusaha.
“Produk kecantikan kualiti rendah berasal daripada kilang-kilang atau pengusaha yang tidak mengikuti piawai keselamatan dan kebersihan yang ditetapkan oleh badan-badan pengusaha atau kerajaan negara tersebut. ”
“Selalunya, negara-negara yang sedang membangun seperti China, Indonesia, Cambodia, Vietnam, Malaysia dan Phillipines di mana penguatkuasaan undang-undang tidak begitu ketat membolehkan kilang-kilang begini wujud. ”
“Tambahan pula terdapat ramai usahawan yang hanya mementingkan kos yang rendah tanpa mengkaji sumber bahan produk dan kualiti kilang untuk mendapat margin yang tinggi dalam jualan, dan ini secara langsung menggalakkan kilang-kilang atau pengusaha begini terus wujud. ”
Beliau melanjutkan, Tambahan pula, kemudahan untuk menggunakan resipi OEM dari kilang, membuatkan usahawan kurang mengambil tahu tentang kesan produk terhadap pengguna kerana kajian sendiri tidak dilaksanakan.
Keburukan produk berkualiti rendah
Kandungan dan bahan produk kecantikan kualiti rendah selalunya mengandungi bahan-bahan terlarang seperti talkum (penyebab kanser paru-paru), merkuri (untuk memutih), arsenic, plumbum, dan sebagainya.
Produk kecantikan kualiti rendah mempunayi risiko terhadap kulit seperti allergi, hypopigmentasi, pigmentasi tambahan, kulit menjadi nipis, kerosakan kulit jangka panjang, dan ada juga menyebabkan kerosakan organ dalaman akibat keracunan merkuri.
Dr. Maryati menjelaskan, cara yang paling senang untuk memilih produk yang berkualiti adalah berdasarkan pengalaman pengguna-pengguna yang dipercayai dan juga nasihat pakar seperti doktor kulit atau pakar produk kecantikan.
“Selalunya kita juga harus mencuba sendiri sampel produk bagi mengetahui sama ada produk tersebut sesuai dengan keadaan kulit kita. Jika kita tidak mempunyai masalah kulit yang memerlukan perhatian doktor, selalunya kita boleh mencari produk kecantikan sendiri. ”
“Maklumat tentang produk kecantikan termasuk label nama, syarikat pengeluar, bahan-bahan yang digunakan, tarikh pengeluaran, dan tarikh peluputan (expiry) , nombor pendaftaran produk, stiker kualiti produk perlu ada pada kotak dan botol produk tersebut.”
“Kualiti produk kosmetik dapat dikenal pasti dengan cara melihat kepada respon pengguna-pengguna lain dan merujuk kepada apa-apa kajian yang telah dilakukan oleh pengeluar produk tersebut. Rekomendasi daripada pakar-pakar kulit dan doktor juga memberi kredibiliti terhadap kualiti sesuatu produk. ”
Namun begitu, beliau berkata, kaedah yang paling mudah adalah meminta sampel produk dan mencubanya sendiri. Produk yang berkualiti tinggi seharusnya dapat meresap ke dalam kulit dengan baik dalammasa beberapa saat dan tidak memberi iritasi kepada kulit seperti kemerahan atau kegatalan.
“Produk berkualiti tinggi juga tidak harusnya mempunyai bau pewangi yang terlelu kuat kerana kehadiran pewangi boleh menyebabkan iritasi kepada kulit. Produk kecantikan yang berkualiti juga tidak akan bertukar warna selagi dalam tempoh jangka hayat yang ditulis pada botol produk.”
Pengaduan tentang produk yang kurang berkualiti boleh dilaksanakan kepada Pusat Khidmat Aduan Nasional iaitu atau (National Consumer Complaint Centre) melalui laman web atau menghubungi pejabat mereka dalam waktu pejabat. Laman web menceritakan fungsi dan cara-cara membuat aduan terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan.